Assalamualaikum! Selamat datang ke De Bonda (One Stop Baby Food). Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian di sini. Jika anda sedang mencari makanan bayi, di sinilah tempatnya, nak jadi sebahagian daripada Team The Bonda? Kami adalah pusat setempat untuk semua jenis makanan bayi untuk ibu dan ibu bisnes!

Visi

Beriltizam untuk menjadi pengedar nombor satu makanan bayi dan kanak-kanak kepada semua agen dan stokis di seluruh Malaysia.

Misi

Syarikat berharap dapat membantu ibu bapa untuk mendapatkan makanan bayi dan kanak-kanak yang berkhasiat dan selamat tanpa sebarang bahan terlarang.

Objektif

Membantu dan memudahkan ibu bapa atau penjaga yang sibuk menguruskan urusan harian untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan berkualiti kepada anak-anak seawal 6 bulan untuk pertumbuhan yang sempurna.

Matlamat
Matlamat syarikat termasuk meningkatkan jualan dan keuntungan, mencipta reputasi syarikat yang baik, mempertingkatkan kemahiran pekerja, menaikkan pengikut sosial media, membuka lokasi perniagaan yang baru dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baru.

 

Our History

De Bonda Hub Sdn Bhd pada awalnya dikenali sebagai One Stop Baby Food merupakan syarikat pengedar produk makanan bayi dan kanak-kanak dari pelbagai jenama makanan di Malaysia. Antara produk syarikat termasuklah makanan kering dan snek, makanan sejuk beku, mi dan pasta sayur, penggalak susu dan pencuci mulut. Syarikat ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2018 . Pada tahun 2016, Puan Norhayati bermula sebagai agen makanan bayi dan bekerja dari rumah sahaja. Pada waktu itu, beliau hanya menguruskan perniagaannya sendiri. Sejurus perniagaan beliau semakin berkembang pada tahun 2017, beliau dibantu oleh suaminya. Kemudian pada awal tahun 2018, beliau dan suami memutuskan untuk menubuhkan syarikat mereka sendiri iaitu One Stop Baby Food. Pada waktu itu, beliau telah mengambil seorang pekerja untuk membantunya menyusun stok produk pada rak dan peti sejuk, dan menyiapkan semua pesanan oleh para agen dan pelanggan.

One Stop Baby Food berkembang pesat pada tahun 2020 sejurus Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan ibu bapa hanya bekerja dari rumah dan semua orang dilarang untuk keluar tanpa sebarang tujuan.  Sehubungan dengan itu, permintaan terhadap makanan bayi dan kanak-kanak ini sangat tinggi pada waktu itu dan masih relevan sehinggalah sekarang. Pada tahun 2023, Puan Norhayati mempunyai seramai 9 orang pekerja dan lebih 50 orang agen dan stokis. Selain itu, beliau mempunyai 24 jenama produk makanan bayi dan kanak-kanak. Syarikat ini memasarkan produk mereka di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui kurier J&T, Shopee Express, Poslaju, dan DHL.

Our Team

Jom kenali Team De Bonda Hub

Director

Norhayati Muhamad binti Ishak (Bonda)

 

Manager

Nur Hamizatul Amirah binti Mohamad Nazri (Mira)

 

Operation

1.    Siti Nor Zakinah binti Azmi (Kinah)

2.    Muhamad Fakrulrozi Shahimi bin Alias (Acik)

3.    Mohamad Ikhwan Hakim bin Abd Halim (Ikhwan)

4.    Muhammad Amir Firdhaus bin Hamdan (Amir)

 

Admin and Human Resources

Noor Arney Nazzira binti Badaruddin (Arney)

 

Accountant

-

 

Logistic

Ahmad Faizal bin Abdul Rani (Dedi)

 

Sales and Marketing

Nurfaraheen binti Abdul Nazir (Kak Meen)

 

 

   

 

Our Products

Kami mengedarkan pelbagai produk makanan bayi dan kanak-kanak daripada pelbagai jenama makanan bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Produk syarikat ini terdiri daripada makanan kering dan snek, makanan sejuk beku, mi dan pasta sayur, penggalak susu serta pencuci mulut. Berikut merupakan jenama produk makanan yang ditawarkan oleh kami:

Makanan kering dan snek

  1. Meal for Musfirah
  2. Rush Baby
  3. Ibu Anis
  4. Bylighten
  5. Fawwaz
  6. Mam Mam
  7. Hokido
  8. Little Nuur
  9. Little Baby Grains
  10. Bebe Brunch
  11. Double Happiness
  12. Apple Monkey
  13. Natufoodies
  14. Baby Natura
  15. Erio
  16. Jibreal
  17. Adhwa
  18. Babies

Makanan sejuk beku

  1. Bebetummy
  2. Hokido
  3. BabybitesnMuch
  4. CookByBonda
  5. CikPija
  6. De baby
  7. Idris Happy Meal
  8. Little Wiyah
  9. Syurga Baby Food
  10. Tiny Tummy
  11. Air Tangan DIBU

Mi dan Pasta Sayur

  1. Yumny
  2. Eatalian Express

Penggalak Susu

  1. Lactomomma Milkbooster
  2. Nufiya Milkbooster

Snek Berpantang

  1. Suraya

Pencuci Mulut

  1. Kek Batik Alyn Farina
  2. Pops Malaya
  3. Miwa OLi
  4. Choco Albab